Marriage Life

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 9, 2009

Blog yang ketinggalan dan cerita tentang shopping2...

Lamanya tak update my blog.. Actually busy sikit lately ni buat persiapan dan tuntutan kerja.. Just for this month nak citer pasal ari sabtu lepas.. Konon nak spend whole day shopping persiapan perkahwinan lebih2 lagi tengah GP Sale Malaysia.. tapi di sebabkan Incik Pyan ada keje yang tak dapat di elakkan saat akhir.. Bayangkan la aku dahla siap seawal mungkin tapi Incik Pyan kuar keje kul 3. aduh.. perutku berkeroncong pulak.. nak masak malas nak tukar baju.. tahan jela..

Abis keje
Incik Pyan amik n terus gie makan kat Subang Perdana.. pastu gie umah dia sebab nak mandi n tukar baju.. emm nak tahu kul baper sampai kat KL?? kul 6 ptg.. kami gie park kete kat pertama n terus gie campbell(betul ker eja ni??) pas campbell masuk semua house tapi melalui pasar.. masa tu la aku nampak baju kebaya indonesia yang jadi trend sekarang.. aku cakap ngan Incik Pyan nak tgk pas masuk semua house. tapi tak gak tengok.. kat dalam semua house, masuk je main entrance, Incik Pyan tarik aku tgk satu counter kat depan tu.. mula2 tak perasan counter ape tapi pas aku pandang sekeliling baru aku tahu, kedai jual barangan kemas diamoney.. haha aku tarik dia belah dari situ sebab takut dia dapat detect rega sebenarnya cincin yang aku bagi.. kami pusing satu semua house tapi kami pergi wrong time la.. banyak kedai nak tutup.. aku round kat atas tapi tak menarik..

Turun dari tingkat atas kami lalu sebelah diomoney.. sales person tu cakap sekarang diorang jual semua barang discount 50%.. hui.. peluang baik jangan di lepaskan.. aku cakap kat
Incik Pyan apa kata beli cincin tunang terus.. mula2 akak tu bagi cincin yang boleh org tutup mata tengok.. sebab shining sangat.. hahaha.. batu dia besar pulak tu.. aka cakap la aku tak minat.. aku nak batu yang tak timbul sangat.. akak tu asyik bagi yang mahal jer.. akhirnya Incik Pyan telah berjaya memilih satu bentuk cincin yang harganya amat berpatutan... dan bentuknya amat la kami berkenan.. nanti dah tunang baru aku publish gambar haha..

Pastu kami pergi lower ground jumpa satu kedai jual bunga dan perhiasan perkahwinan.. aku pusing survey harga, jumpala satu kotak harta karun untuk letak mas kahwin.. sebab aku cakap kat
Incik Pyan aku nak mas kahwin semua syiling 50sen hehehe... mesti berat nak bawak nanti.. hehe.. dalam masa survey gak harga barang nak buat hantaran dan souvenir.. tak delah mahal sangat..

Pastu kuar je dari Semua House, kami p Jakel.. ingatkan nak cari kain buat baju nikah and tunang tapi tak reti pulak.. telepon la maksu kesayangan aku yang keje kat Jakel (tapi bukan keje potong kain tau) sekali dia cakap dia pegi KLCC.. ada event.. Masuk pasar balik kami pegi makan kuey tiaw sup.. huhu lama siot tak makan.. dulu masa belajar kat GMi selalu beli.. tiap2 minggu..

Abis makan kami pegi terus ke sogo.. cari hand bag and kasut aku dan
Incik Pyan.. Aku beli hand bag and kasut dari same brand.. kasut Incik Pyan pun dari same brand hehehe... kami kan same taste.. masa nak cari kasut dia, dengar announcement dari Sogo, 'KL SOGO akan ditutup dalam masa 5 minit sahaja lagi'.. gelabah la masing2 yang ada kat situ.. nasib baik Incik Pyan dah dapat kasut dia terus jer mintak size.. bayar.. pastu kuar.. masa nak turun tu ada staff sogo duk tepi escalator ucap terima kasih dan selamat jalan.. emm.. bagus cara dia menghargai pelanggan...

Abis la pencarian kami.. amik kete kat pertama denga bayaran 4 ringgit, kami makan pulak kat SS2 murni PJ. huhu punya la jenuh nak cari.. dia punya kedai kecik tapi meja makan boleh bawak sesuka hati sepanjang kaki lima.. aku malam tu makan nasi goreng seafood yang penuh ngan seafoodnya, dan chicken chop.. pastu
Incik Pyan ada hati nak rasa roti pulak.. aku cakap aku tak nak tolong dia abiskan.. hehehe.. next time la makan..

balik tu kami tak balik umah terus tapi jalan2 pegi Uptown D'Kota.. cari jeans n jumpa makngah, pak ngah and Aai.. dalam kul 2 baru kami balik.. penat sungguh hari2 ku ini.. haha..


No comments: