Marriage Life

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 15, 2009

Persiapan pertunangan.. part 2


Emm semalam seperti yang di bagitau, aku ngan kila (adik angkat) pegi jalan TAR. Incik Pyantak dapat ikut sebab pergi Kelantan... Housemate dia kahwin.. Pas amik Kila kat Bangsar (UniKL hostel), aku terus pergi Jalan TAR and parking kete kat Pertama. Tempat pertama aku tuju ialah kedai buku Mukmin.. nak cari buku Gubahan pengantin dan hiasan gubahan pengantin keluaran Alaf 21.. Masa karnival Karangkraf ari tu, aku terlambat.. Akhirnya pencarian aku berakhir..



Selepas tu kami usha2 baju untuk majlis pertunangan.. Emm semua tak menarik minat.. Lace tak lawalah.. Satin tak cantikla.. Bunga tak berkenan la.. emm aku yang selama ni tak choosy pun jadi choosy sebab nak yang terbaik.. Akhirnya kami masuk Semua House.. cari kedai baju terjumpa kedai kain dan baju pengantin.. Syarikat Su Hua.. Semua lace n satin dari Korea.. Aku cakap nak buat untuk tunang, dia suggest baju siap.. Aku cuba baju warna biru turqoise.. Cuba tiga jenis baju untuk satu warna.. Kurung moden, kurung biasa dan kebaya.. akhirnya kurung moden menjadi pilihanku.. harga??.. emm tak yah lah bagitahu..murah atau mahal tak jadi masalah tapi kepuasan yang aku cari.. sekali seumur hidup..

Bab baju dah settle.. Nak cari polisterin nak buat hantaran.. Settle.. nak cari kertas jagung dan kain organza nak balut polisterin.. kuar dari sin yin konon nak cari kat jalan masjid india.. tapi hanya jumpa kertas jagung jer kat Klim Kraf.. pusing2 tak jumpa gak.. sampaikan kami masuk balik Sin Yin baru jumpa.. actually nak cari corak bunga ros tapi tak jumpa.. beli jela apa yang OK.. nasib baik bawak penasihat.. Thanks for ur advice Kila..

Emm.. pastu terus cabut gie Sogo nak beli Crispy popia.. Balik singgah jap kat Pandan Indah sebab cik Kila nak amik cup cake yang di tempah kat Hajar.. emm nak promote.. sesaper yang nak beli cupcake boleh tanya aku.. aku boleh suggest tempah kat Cik Hajar.. Dalam kul 11 lebih kurang baru kami sampai ke rumah.. Kila tido rumah aku.. Kila nak tolong balutkan polisterin.. Penat tuhan jer yang tahu.. Dahla balik keje sempat tido 1 jam setengah jer.. akhirnya aku terlelap sebab dah terlampau penat..

No comments: