Marriage Life

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 20, 2009

Exam SPA dan googlemaps via maxis.

Ekcelli, aku patut update blog ni since minggu lepas tapi di sebabkan aku ketiadaan mood, aku nak update hari ni.. seperti tajuk di atas.. aku nak cerita pengalaman aku mengambil peperiksaan SPA untuk jawatan Pen. Peg. Kawalan Trafik Udara A29yes. Exam ni diadakan di ADAMSON HOTEL Kuala Lumpur..

Before cerita pasal exam, aku nak ceritakan pasal misi aku dan Incik Pyan mencari kedudukan hotel ni. Sebelum tu kami sempat tanya kat Abg Said.. dia cakap ni area Kg. Baru - Chow Kit.. Masa mencari, memang penat.. sampai ke KLCC kami cari tak juga jumpa2 hotelnya.. tiba Incik Pyan cakap naper aku tak check dulu kat google map.. aku pun sempat terpikir kenapa la aku boleh tak cari kat Google Map??pitam tiba akal ku teringat iklan maxis yang mana satu family ni nak pegi makan satay kat kajang tapi tak jumpa jalan.. dan akhirnya mengunakan perisian yang di download melalui handphone mereka dapat juga makan satay.. aku tanpa melengahkan masa terus download google map walaupun aku tahu mesti mahal nak guna.. masa tgh download..

Incik Pyan: awak jangan la tgk hs jer.. tengokla sekali jalan..
Aku : yela tgh tgk jalan la ni.. (tapi tangan still picit hp)

Incik Pyan : Kat mana la hotel ni?? hotel kecil kot... berenti lah jap..

Sesudah jer Incik Pyan memarkir kereta,

Aku: abang, ni ha google map.. tapi syg tak tahu kat mana?? (sambil menunjukkan hp)
Incik Pyan: Eh ada Google Map.. mana dapat??

Aku: download la.. masa abang tgh cari jalan, syg download la dulu.. (senyum bangga.. hehehehe)

Incik Pyan: Ohh.. mana ek jalan dia?? (sambil tangan memicit hp)


Selepas di belek2 dan di cari2.. akhirnya kami jumpa Lorong Hussien dulu dalam google map.

Tapi kat mana jalan sebenarnya...meraung aduh nak cari lagi.. penatla..

Lebih setengah jam baru aku jumpa jalan itu.. Hotelnya warna warni betul2 sebelah Kuala Lumpur International Hotel..


Pasal exam SPA, date dia 11hb June.. Start pukul 9.30 pagi tapi aku ngan confidentnya bangun awal sebab ingat start pukul 8.30pagi.. aduhai.. tahu bangun lambat pun takper.. aku sampai sana dalam pukul 8.00. Lepak dulu sambil makan McD yang aku beli kat Kota Damansara. parking?? mana aku nak parking ni?? aku cari kat belakang hotel, ada plk parking.. alhamdulillah.. tapi mana nak cari syiling nak bayar parking??? alaaa satu lagi masalah.. Aku try korek2 syiling yang ada dalam kete.. selalu banyak jer.. tapi ni tak der plk.. korek punya korek jumpa la RM 1.50.. Sampai kat meter parking, tgk satu jam 80 sen.. maknanya tak sampai 1 jam setengah pun.. camne ni?? huhu.. takperla letak jer.. nanti tgh hari tambah baru..

Masuk jer kat dalam hotel tengok ramai dah yang menunggu.. huhu tak besh nya sensorang.. aku pergi ke satu sudut.. ada kakak ni tgh on call.. buat rilek dulu.. dia abis call aku terus berkenalan ngan akak ni.. ramah la katakan.. dengan dia la aku duduk dari pagi sampai petang..

First session ni untuk bahagian Sahsiah diri.. Kebanyakan soalan lebih menjurus ke arah diri kita.. so honestly answer la.. bahagian dua minat kita.. still lagi pada diri kita.. nasib baik jawapan dia 'YA' atau 'TIDAK'. 200++ soklan.. penat nak hitamkan borang OMR. Bhgn 3, pengetahuan am.. emm banyak pasal ATC system.. kantoi gak walaupun aku keje related ngan benda ni.. hahaha.. abis paper ni lunch hour.. aku makan burger pagi tadi.. makan dalam kete jer.. akak emma tadi gie makan ngan tunang dia.. aku ni, sensorang diri la bawak diri gie makan.. 40 minit duk dalam kete nasib baik tak panas sangat..

Pas lunch sambung paper ke-4.. huhu penyelesaian masalah tapi dalam english.. terkejut aku.. sekolah dulu math dalam BM. Boleh jawab tapi banyak main hantam sebab tak cukup masa.. Last paper pemahaman bahasa inggeris.. haha.. kantoi tak kantoi tak tau nak cakap.. aku dari dulu grammar memang fail.. nasib baik dulu kat GMi belajar english ngan Safrina.. huhu.. Pukul 4 aku gerak balik dari KL.. itupun dah start jem.. aku pelik la org KL keje berapa jam ek sehari?? masuk jalan duta tak yah cakap la.. dah la pakai duit.. jam panjang la.. aku sampai kat umah dalam kul 5.. Pastu pengsan sekejap (tido la tu..).. Malam jumpa Incik Pyan..

No comments: