Dah seminggu lepas aku kena tapi baru hari ni aku rasa ada mood nak tulis dalam blog ni.. Actually aku dah kena tahan wad jumaat malam sabtu.. puncanya bila aku tgh duk nak minum kat Pak Lie Kopitiam kat Ole-Ole Sek.18, aku kena menggigil satu badan.. teruklak tu.. macam orang gian tak dapat dadah.. nasib sebelum tu aku sempat singgah kat farmasi beli panadol.. masa nak minum aku order air honey lemon jus, n air suam tapi aku sempat minum air suam jer.. yang Incik Pyan lak baru jer nak mula surf internet.. dia pun jadi serba tak kena bila tengok aku dah chilled giler-giler... aku cakap pas ni kalau tak kurang gak anta gie klinik.. tapi Incik Pyan kata aku tak boleh dah pergi klinik.. kena anta hospital terus.. aku try nak rilek sebab baru pas makan ubat.. tapi still tak boleh.. Incik Pyan terus abiskan air minuman dia.. bayangkan orang lain tgh kepanasan aku kesejukan sampai pakai sweater pada petang hari yang panas.. Pas bayar kami terus menuju ke DEMC..
Sesampai kat DEMC, aku tak terus turun tapi Incik Pyan yang tolong register untuk aku.. nak jalan pun tak larat.. aku nak rehat dulu kat dalam kete sementara tunggu giliran.. kami park kete kat plaza masalam.. Sementara nak tunggu giliran badan aku dah berpeluh2.. lama gak nak tunggu giliran aku masuk nak jumpa doktor sebab ada emergency case lak.. biler aku dah rasa kuat mungkin bosan duk kat dalam keter sensorang, aku suh Incik Pyan aku tunggu kat tepi.. maybe kesan panadol dah meresap dalam badan.. biler time nak jumpa doc, aku cakap la aku dah ke klinik.. nak buang air sakit, nak angkat kaki sakit.. semua la.. doc ckp maybe aku kena kencing kotor.. dia suh gie lab amik darah n wat urine test.. selepas siap semua, doctor bagi advice suh admit hospital.. aku cakap la tak perla.. admit jerla.. lagipun guna insurans..
Tapi pas settel hal admission, aku mintak kebenaran nak masuk lepas kul 9 sebab nak amik barang kat rumah.. Dalam kul 9 lebih, kami pergi DEMC.. tunggu gak staff nurse untuk untuk bawak gie atas.. sebelum masuk ward, kena cocok dulu utk masuk air.. waa sakit siot.. lembik terus badan aku... malam tu aku dapat katil double satu bilik.. maknanya kena kongsi ngan orang lain.. masa tu aku rasa lain macam kat pinggang belah kiri.. nak mengiring kekanan sakit giler.. aku cuma leh tido tegak.. tak sukanya.. malam tu jugak doc Rahman masuk check aku.. bila tekan pinggang belah kiri aku rasa sakit sangat.. dia cakap esok buat ultrasound n maybe kena buat IVU if betul buah pinggang aku bengkak.. dalam pukul 11.30 camtu Incik Pyan balik.. esok nak pergi kenduri.. Tapi malam tu tido aku terganggu.. sekali lagi aku menggigil giler2.. dalam pukul 2pagi rasanya.. aku tekan bell panggil nurse.. nurse cakap temperature tak naik.. tapi dia still bagi ubat.. pas makan ubat barulah reda sikit gigil aku..
Esoknya pagi2 aku kena puasa.. tapi sempat amik breaksfast sebab doc dtg after aku breakfast.. puasa sebab nak buat ultrasound and maybe IVU.. dalam kul 11.30 aku kena minuk air 3 cawan.. pastu biar penuh n kul 12 trn bawah kat tempat ultrasound.. emm bila doc scan jer tgk mmg kidney belah kiri aku bengkak.. doc terus suh buat IVU.. k la.. nak tau apa jadi kat IVU?? tunggu...
No comments:
Post a Comment