Entah kenapa hari ini aku rasa macam serba tak kena.. today aku keje pagi dan malam.. pagi tadi aku bangun awal tapi aku 'snooze' handphone aku sampai pukul 6.45. Pukul 7.30 aku keluar rumah.. tapi satu benda yang buat mood bekerja aku hilang bila aku stuck dalam jem sampai pukul 8.30 baru sampai opis yang jauhnya tak sampai 5KM..perghh.. kenapala jalan begitu jem sekarang?? nasib baik aku keje pagi tak hari2!! am i lucky rite?? tak dapat kubayangkan hari2 aku jem.. jem pale otak... nasib baik la radio kete aku masih setia berfungsi.. dan stesyen radio kegemaranku sudah tentu la 'HOT FM' lebih hangat dari biasa..
Pagi tadi HotFm Chat bincang pasal petua kesihatan.. macam mana nak kelihatan sihat.. Fafau dah bagi satu petua yang memang semua orang tahu iaitu minum air hanya setelah 1/2 jam selepas makan.. ikutkan aku pun memang aku tak minum air masa tengah makan.. kadang2 dah sejam lepas makan baru minum itupun selalunya kat opis la.. lupa nak amik air.. tapi dalam banyak2 pendengar yang call and sms, ada satu pendengar ni cakap yang petua fafau tak bagus.. sebab dia kata sebelum makan kena minum sekurang2nya segelas air dan masa makan pun kena minum air gak.. emm.. memang betul apa yang dia cakap tapi itu untuk yang nak diet.. korang bayangkan bila kita minum sambil makan, kuantiti nasi atau what ever food korang ambil akan jadi sikit sebab air dah penuh dalam perut.. tapi bagi yang tak diet dan mengutamakan kesihatan, minum air hanya selepas makan tu adalah yang sebaiknya..
Pagi tadi keje tak der yang menarik pun.. tapi yang paling menarik bila time keje Incik Pyan call.. aku jawab tapi dia senyap n terus off called.. Pastu dapat mesej.. 'sajer nak dgr suara......ayat setrusnya tak yah la bagitau..' ya Allah aku rasa bahagia sangat.. rasa dihargai sangat2.. Inilah lelaki terbaik yg terhebat pernah aku dapat.. yela.. selama ni aku pernah kawan dengan ramai lelaki dan rapat dengan bebrapa lelaki.. tapi Incik Pyan satu2nya lelaki yang buat aku terpaut sangat2.. ahakss!! berapa lama kami kawan pun tak pernah rasa bosan.. dan aku berdoa semoga aku terus bersama Incik pyan sehingga aku menutup mata..wah pengakuan paling eksklusif!! Abang!!.. jom kahwin!!! ahakss gatai.. Sabar syawal.. sampai masa bersatu jua.. Sebab utama yang buat aku sangat2 suka dengannya ialah dia banyak mengajar aku everything.. kematangan dia memang tak setaraf denga umur.. dan ramai juga yang cakap muka kami da iras.. betul ker?? kengkawan tolong doakan kami yek!!
Balik keje tengahari tadi aku buat cermin mata baru.. harga tak yah cakap la.. tapi aku nak kualiti.. selama ni aku buat spectacle semua tak sesuai.. alih2 aku pakai untuk drive jer.. harap yang ni aku boleh pakai kemana2.. rasa nak buat yang bertinted tapi mahal pulak.. at last buat biasa jer.. Aku sampai umah makan burger n tido.. malam nak keje..
No comments:
Post a Comment