Marriage Life

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 4, 2009

GMi open day dan Shopping kat Jakel...

Aku dengan bersemangatnya amik adik aku ngan Ika nak pergi tempat study aku yang penuh dengan kisah suka dan duka.. termasuklah episod percintaan aku.. ahakss!!! Sekarang GMi dah berpindah ke tempat baru.. berhampiran UKM Bangi.. tak macam dulu di tengah syurga dunia apalagi kalau tak KL.. tapi sekarang dekat dalam Bandar Ilmu.. kedatangan aku ni pun ada agenda lain gak iaitu nak bawak adik aku hantar borang nak masuk GMi. Before sampai aku try called dua sepupu aku untuk jadi tour guide aku.. depa berdua ni adik beradik tapi si adik masuk dulu baru si abang.. dua2 amik course PIC.. tapi hampeh jer sebab masing2 baru nak tido.. sampai jer terus makan dulu.. adik la nak photostat result exam dia.. Call Sheira (adik) tapi dia cakap dia nak pegi Kajang jap.. Tepon Aai, baru bangun tido.. nak bersiap punyalah lama.. kalah fomfuan.. malas nak tunggu, aku terus pergi ke dewan.. kat sana jumpa Encik Abrar (HOD AFSA).. adik pulak terus hantar borang dia.. En. Abrar bagitahu sekarang GMi nak tarik ramai student beljar kat GMi.. nak cukup kuota untuk jadi University.. emm.. maybe if kalau Degree ada aku pun nak masuk.. tapi sekarang banyak komitmen.. Abis sembang, adik aku terus bagitahu dia dapat offer masuk GMi.. lagipun dia memang layak.. dia ni pandai tapi malas lebih... Tengah tunggu offer letter kuar Aai sampai.. terkedek2 macam perempuan.. 10 minit pastu sheira pulak sampai..

Adik, Ika n their senior..

workshop..

Sheira dan Aai..

Kami di bawa melawat Kompleks teknologi.. banyak sangat sampai aku lupa nombor berapa.. tapi kompleks tu untuk budak PT. Adik pulak jumpa akak senior IKM dia.. aku, Aai n sheira borak2.. Lepak kat situ sekejap n terus gie hostel.. hajat hati nak makan kat bob.. tapi bob tak bukak lak.. makan la kat kedai kat situ.. tak best pun.. pastu sheira bawak kami round dalam hostel.. emm. not bad tapi peratus terdedah kat pencuri memang tinggi.. apa taknya, bilik tak der pintu tapi lebih kepada partition cuma di buat siap2.. almari ada kunic tapi aku tolak jer.. macam tak kunci.. yang lain not bad.. dapat katil bawah.. tak macam aku kena panjat katil if nak tido!! meja study sorang satu dalam bilik.. ada kabinet.. perabot sumer kayu.. boleh masak.. ada laundry.. tapi sewa mahal.. RM 120..but berbaloi.. nak balik Beger a.k.a Ridhwan call tanya aku kat mana.. dah la kantoi ngan Incik Pyan tersalah mesej.. nak bagi beger terbagi incik Pyan.. just jumpa sekejap.. Beger datang ngan budak die batch Incik Pyan like Amran n Superman.. Abang Bob pun ada.. yang best abng bob still ingat aku ngan Incik Pyan.. terbaik la.. Aku sampai umah adik aku dalam pukul 3.00 ptg.. aku memang dah flat sangat.. terus tido walaupun tido2 ayam.. dalam kul lima aku bersiap nak amik Incik Pyan.. aku drive sampai KL.. parking kat Pertama..

Mula2 kami pergi beli barang untuk melengkapkan hantaran.. Aksesori jer.. Incik Pyan lak masih belum decide saper nak buat hantaran dia.. last2 kami tak jadi beli barang untuk dia.. maybe kami akan kuar dengan akak nanti.. kami terus pergi Jakel.. tengah ada promotion.. Pakej Lace pengantin.. Lace 2 meter Satin 2 Meter + Satin untuk baju melayu 4 1/2 meter.. semua sekali RM250.. murah jugak.. Kami pilih warna hijau apple and krim pearl.. actually warna tu pilihan aku sebenarnya.. hahaha... selesai jakel, kami cari Samping.. kat jakel mahal sangat.. nasib baik ada.. warna pun ngam2 jer.. settle samping, kami pergi makan kat Sup berempah pasar malam jalan TAR.. kueytiaw sup.. Incik Pyan pun dah tersampuk.. makan dengan bergedil.. abis tu tiba masa mencari selendang.. susah jugak ek?? nasib baik jumpa.. tudung jer tak jumpa lagi.. Balik tu kami singgah ke umah akak kat Gombak tunjuk kain.. kami sampai kat Shah Alam dalam pukul 12.00 tgh malam.. aku tunggu Incik Pyan kemas baju sebab dia nak balik kampung tercinta dia.. so dia follow keter aku..

No comments: